. Kami dan Kenangan

Minggu, 15 Agustus 2010

Kami dan Kenangan

Aku keluar dengan bestfriendku, aien dan christina dua hari lepas. mula-mula menjemput mereka berdua di rumah Aien di kuarters PERYATIM. hah, awal2 lagi dah kena gelak ngan budak dua orang tu sebab aku pegi tempat yang salah. rupa-rupanya, kuarters PERYATIM tu di luar Kompleks PERYATIM. isk, harap2 orang kat situ tak perasan kedatangan aku. lepas jemput Aien dan Chris, kami terus ke Terminal Bas Batu 3 untuk membeli tiket bas ke Bintulu. Settle hal tiket, kami ke Boulevard – tak jauh dari terminal bas. Sekali lagi…aku buat lawak bodoh. tersilap tekan butang interkom la pulak. patut la tiket parking tak kuar2. isk…ketawa sampai sakit dada. hampeh betul la…macam mana aku boleh malukan diri sendiri macam ni. di boulevard, kami mulakan misi window shopping. hehe, tengok2 je. sekarang ni mana ada fulus nak borong barang2 tu. sakit mata tengok tag diskaun 70% yang bergantungan kat kompleks membeli belah tu… lebih sejam, chris pun mengadu sakit mata jugak n ajak kitorang gi cuci mata. so, kitorang kuar dari boulevard dan terus ke waterfront…

duduk dan makan aiskrim d waterfront sampai 6.30 petang. masng-masing berkongsi cerita tentang kehidupan bergelar seorang guru. pelbagai cabaran dan ragam manusia yang perlu dihadapi. kisah rakan-rakanku membuatkan aku cukup bersyukur dengan apa yang kumiliki sekarang. ternyata aku cukup bertuah kerana dihantar posting di sekolahku sekarang.

lapar…kitorang menjamu selera di Raja Ayam Penyet tak jauh dari Masjid India. sedap la jugak…sekurang-kurangnya terubat rindu kat nasi lalapan yang kitorang selalu makan di Miri. huh.

7.00 malam, hantar chris ke terminal bas. sedihnya saat-saat perpisahan. sebelum balik, chris kata ada rahsia yang nak diberitahunya. isk, apa pulak la rahsia yang budak ni simpan? finally…argh!!! chris pun dah kawin rupanya. cis, sia2 je aku kira dia sekali masa tengah kira berapa orang lagi classmates kitorang yang belum kahwin. hm…patut la dia ngan Aien sengih2.

sebelum balik, singgah sekejap di rumah Aien. huhu…gembira tengok kehidupan dia dan suaminya. best juga rupanya dah kahwin ni. aku tengok wajah diorang berseri-seri. dan yang paling ketara, perubahannya ialah kulit Aien dan suami dia macam makin cerah je. hm, ada kaitan ke kahwin ngan perubahan warna kulit???

Lastly, minta tolong Aien dan husband dia iring aku balik. dah pukul 8 lebih, aku rasa takut plak nak drive sorang-sorang. menyusahkan orang je. sempat sharing ngan Aien tentang hidup aku sekarang. itupun lepas Aien komen pasal kekurusan aku… Haha…kalau tak ada orang tegur, memang aku tak perasan tentang perubahan diri aku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Statistik

Followers

Best View: Mozilla Firefox. Template is proudly powered by Blogger.com | Template by Amatullah. Syukur |