. Lalu…Selalu dan Berlalu

Senin, 16 Agustus 2010

Lalu…Selalu dan Berlalu

Terlalu banyak hal yang dah terlewati. minat untuk menulis pun dah mulai berkurang. semua masalah hanya dapat dipendam sendiri. selalu…aku hanya membiarkan semua tu berlalu. susah seperti apapun aku hari ni, bila bangun pagi esok, kesusahan itu pasti akan pergi ataupun terus mengganggu. aku hanya mampu mengatakan, “biarlah”

sebenarnya hari ini aku nak ambil road tax di pejabat perodua. lepas tu kena kirimkan benda tu guna pos laju kepada adikku di betong. tapi, alang-alang hati tengah sedih ni, biarlah aku duduk sekejap. pas tulis beberapa ayat, aku akan keluar dengan cerita yang tergantung.

sekarang ini dia ada di kampung, dah beberapa hari balik ke sana. katanya mau mengurusi hubungan kami berdua. syukur, ayahnya merestui hubungan kami. dia minta aku jangan dulu katakan hal ni kepada ibu bapa. tunggu dia balik dan kami berbincang apa langkah yang akan diambil seterusnya. jadi hal ni…biarlah dulu. kemudian baru fikirkan.

selalu gatal tangan stalking kat facebook boyfriend lama. huhuhu…walaupun tahu itu akan sangat menyakitkan hati tapi, masih nak juga tahu tentang perkembangan dia. bukan mengharap, hanya rasa ingin tahu.

semalam…terjadi pergaduhan di rumah. kerana rasa tak puas hati yang terpendam antara kami dan tukang rumah. kerana takut orang itu lari dengan duit yang dah dibayar tapi tak siapkan k harap-harap kerja-kerja renovasi rumah akan berjalan lancar lepas ni.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Statistik

Followers

Best View: Mozilla Firefox. Template is proudly powered by Blogger.com | Template by Amatullah. Syukur |